Melalui pencarian aku dalam dunia yang fana ini. Aku melihat dunia ini luas. Macam-macam kerenah. Melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut. Kejadian tanggal 25 Oktober 2008 di salah sebuah kedai buku popular di Malaysia di salah sebuah kompleks beli belah di Wilayah Persekutuan. Kejadian salah faham dan keegoan manusia di antara pelanggan dan juruwang. Teguran yang di salah anggap menjadikan seseorang yang berego tinggi itu naik berang dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada prestasi toko kedai tersebut. Tidak perlu kita lihat ke hadapan sgt. Kita lihat kesan terhadap 2 manusia yang mahu menang. Juruwang ini masih untuk mempertahankan perjuangan nya yang tidak bersalah dan pelanggan ini masih mempertahankan yang dia tidak bersalah. Kesimpulannya, MEMBAZIR PERASAAN.
Ape-ape pun itu adalah kisah gadis mengenai ego masing2. KDK
Aku baru je pas tgk Kisah Gadis bersama2 rakan di KLPAC . Tiket free g je la.
Pencarian ku bermula dgn Yahoo kemudian Google. Pencarian mengenai komen2 dan kritikan2 membina dan membinasa.
Sgt mengecewakan kerana kebykannya mengenai kisah gadis di rogol, kisah gadis terlampau, dan kisah gadis sunti. Apa2 pun aku seronok menonton Kisah Gadis. Bukan teater ku yang pertama. Jadi penilaian aku sudah ada. Aku menonton pelbagai genre dari patriotik, ke klasik, ke kehidupan, kepada komedi. jadi perbandingan aku terhadap Kisah Gadis bukan dari segi genre tetapi dari segi plot dan daya tarikan penonton. Penonton amat mengecewakan kerana hilaian tawa menyebabkan aku kurang fokus kepada percakapan. Mujur terdapat sari kata bahasa Inggeris. NAMUN ia tidak teratur kerana perubahan saat akhir oleh Tuan Darektor menyebabkan petugas yang mengendalikan sari kata itu gugup. Aku stress. KDK. Aku masih menonton.
Mangli.
Ku bertanya kepada kru yang terlibat. Maksud Mangli. Mereka memberikan aku henjutan bahu yang menunjukkan maksud tidak tahu. Permulaan cerita yang menarik. Menunjukkan karektor seorang yang kurang siuman. Di datangi watak kedua, yang menunjukkan karektor yang siuman. watak tidak siuman itu kemudian menampakkan dia siuman apabila bertemu dgn watak pertama. Di sepanjang penceritaan Mangli, menampakkan watak 1 sedar bahawa dia sedikit siuman dan sedikit tidak siuman. mungkin agak pelik apa yg aku perkatakan. aku bukan nya nak cerita mengenai cerita yang diceritakan. aku mahu cerita mengenai suasana penceritaan yang ingin disampaikan. anda tak faham? Ade aku kisah? Sepanjang persembahan Mangli, aku dapat simpulkan bhw cerita nya agak meleret dan penghujung yang seperti ingin klimaks tersangkut ditengah jalan. Tiada tanda tny. Tiada persoalan. Penghujung yang tiada apa. dan cerita yang tiada cerita. aku tak nampak plot. aku tak nampak penghujung dan permulaan. seperti iklan tv yang tiada barang yang ingin diiklankan.
Gadis Jalan Burmah
Permulaan cerita seperti mempunyai 2 watak tapi sebenarnya hanya satu sahaja. Karakter bercerita kepada penonton. Hanya komunikasi satu hala. Suatu gaya penceritaan teater yang biasa. Cerita yang ingin disampaikan juga menarik cara penyampaian juga boleh difahami. Watak yang dibawa memberi kesan. Cerita ini aku nampak la plotnya. sejarah kehidupan antara cinta dan nafsu. dan membawa watak kepada kehidupan sekarng. Ia diselangi oleh komunikasi watak dengan watak lain. Penghujung cerita ini, aku boleh agak. Ada klimaks. Ada penghujung. Lebih baik dari cerita sebelumnya. Jalan cerita yang biasa.
Kesimpulan
Kedua2 cerita agak FLAT. Lakonan Tapai, Ashraf dan Sherry bagus.
SOKONG INDUSTRI TEATER TEMPATAN. MARTABATKAN HASIL SENI TEMPATAN.
Dosa dan pahala. Di ceritakan dari kecil buat baik dapat pahala buat jahat dapat dosa. Agama Islam yang kebykan masyarakat melayu kita pegang, melakukan apa yang Allah s.w.t suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Allah memberi maksud tuhan. Aku tak nak bercerita mengenai nama Allah itu sendiri. Ia adalah suatu perkara yang perlu diperjelaskan untuk orang2 yang berfikiran waras dan terbuka, tidak rigid. Lg pun bukan tempat aku untuk membentangkan nama Allah itu sendiri. Sebagai umat yang mengaku dengan lidah, mengucap dalam hati dan melakukan dengan perbuatan perlu mengenal nama-nama Allah dan bukan melecehkan diri mempertahankan benda-benda remeh. Aku tau dosa dan pahala. aku manusia yang selalu melakukan dosa dan pahala yang aku lakukan tidak ku tahu kerana perkara baik yang aku lakukan belum tentu diterima atau tidak. Manusia dewasa tahu sesuatu perkara itu betul atau salah. Dosa atau pahala. Di akhir zaman ini byk perkara suci dipermainkan oleh golongan2 yang menjadi tumpuan masyarakat. Al-Quran dijadikan alat untuk membuktikan ketulusan, ucapan2 dosa pahala dijadikan debat utama bagi orang2 yang bersalah. Ayat2 glamor, "Apa korang dapat buat semua ni? Dapat dosa je." "Biar je la tuhan yang hukum diorang." "Di dunia ni saya mendapat dugaan. Tak pe kita tunggu di akhirat." Ini bagi ku adalah lawak kerana orang2 yang berkata ayat2 seperti di atas adalah orang yg bersalah. Menyumpah kepada org yang menyebarkan gambar2 aksi kurang sopan bersama boyfren masing2, gambar lucah mereka, plagiat, ucapan2 tidak sepatutnya, dll. Mungkin aku terlampau fokuskan kepada manusia2 didunia glamor dan manusia2 didunia tidak glamor ini adalah suci. KDK. Aku bukan nak memfokuskan kepada mereka. dah diorang kat tv. perkara di TV semua nya betul. KDKGG
Contoh2 ucapan2 seperti ini:
ape diorang dapat? Kepuasan? Glamour? I don't know.. I don't know... Ape yang i buat tu berdosa. Yang diorang buat tu tak berdosa. Malukan orang tu tak berdosa. Tidak, saya tidak plagiat. Buku yang saya buat tu short stories bukan nya poems. saya tak tau ape blogger tu nak. Tak pe diorang berdosa, nnti saya dapat pahala dier.
Ayat2 diatas telah diubah suai mengikut suka hati saya. KDK
Ucapan sebenar melalui versi video akan di upload kan kemudian. Segala kesulitan di mohon maaf.
Bosan kan. Ayat2 dosa pahala di tentukan oleh mereka. Igtkan dosa pahala boleh dgr kat ceramah agama je. Dekat rancangan hiburan pun kita boleh dgr.
Hebat2 pendekatan baru. Penceramah kita terdiri daripada golongan2 glamor. KDKGG
Mungkin pernah dengar ungkapan tersebut. Dan bagi yang sudah menyaksikan teater Pendek+Manis. Terima Kasih kerana menyaksikan dan menyokong industri teater di Malaysia. Terima Kasih kita ucapkan kepada usaha2 keras KLPAC seperti Dato' Faridah Merican dan Joe Hasham. Dengan usaha gigih mereka berdua ini begitu juga rakan2 produksi. KLPAC dapat menjayakan festival Pendek+Manis yang berasal dari Australia dengan jayanya. Mungkin kekurangan festival Pendek+Manis pada kali ini perlu di muatkan dengan elemen2 kemelaysiaan. Semua teater Pendek+Manis tidak menampakkan elemen2 kemalaysiaan. Semuanya bebas. Aku bukan prejudis terhadap kebebasan. Tetapi kita sebagai manusia perlu ada batas2 tertentu dalam hidup ini supaya ia lebih bermakna.
Aku bukan tidak selesa dengan pemaparan aksi percumbuan atau pembukaan bahagian anggota badan ataupun bahasa-bahasa kesat yang dilontarkan. Aku terbuka melihat dan mendengar semua aksi dan kata2 mereka. Aku menerimanya sebagai kononnya hasil seni walaupun ia bercanggah dengan apa masyarakat Malaysia kita sendiri lakukan. Mungkin masyarakat Malaysia ramai yang melakukannya tetapi ia bukan sesuatu yang rakyat Malaysia perlu galakkan. Aku cuma kurang selesa dengan perkara2 sensitif yang disentuh. Mungkin sesiapa yang tidak pernah ke surau, masjid dan tidak tahu apa itu zohor, asar, maghrib mungkin menganggap ia adalah komen sinis yang menghiburkan. Mereka tidak tersentuh dengan komen tersebut. Apakah mereka yang menonton yang percaya kepada tuhan akan tersentuh apabila komen2 sinis dilemparkan kepada mereka. Dan mereka yang tidak percaya kepada kepercayaan tersebut akan ketawa.
Aku akan terasa jika sesiapa mempersendakan agama lain. Memperkecilkan agama lain. Agama adalah sesuatu yang suci. Walau apa agama yang dianuti. Hindu, Buddha, Katolik, Proteston mahupun Islam. Agama adalah isu sensitif.
Adakah mereka yang tidak terasa apabila sebuah agama itu dipersendakan tidak mempunyai agama?
Mempercayai sesuatu kuasa yang mengawal alam semesta atau lebih mudah dikenali sebagai tuhan adalah sesuatu keperluan jiwa dan rohani. Penyelidikan telah dijalankan terhadap golongan2 yg mempercayai tuhan dan golongan yang tidak mempercayaai tuhan. Meraka yang berpegang kepada sistem ketuhanan hidup lebih lama daripada golongan Atheis ini.
Aku seperti ingin membalas kritikan2 sinis golongan2 yang aku anggap Atheis ini. Bagaimana? Menyertai festival Pendek+Manis untuk tahun hdpn? Aku kurang kreatif. Kita tunggu dan lihat.
Dunia blog yang membolehkan kita berkata apa sahaja. Menulis apa sahaja. Aku sebagai typical blogger yang suka komen, kritik, dan merungut. Kenapa blooger suka merungut, kritik dan komen. Adakah kerana hidup mereka begitu sempurna sehingga mereka terpaksa komen, kritik dan merungut moga2 berharap benda, orang dan pesekitaran mereka berubah mengikut kehendak mereka.
*mengeluh
Manusia sering ingin melakukan sesuatu yang bagi mereka adalah lain tapi hakikatnya adalah serupa.
Aku sering ingin membetulkan sesuatu yang terang-terangan salah walaupun aku tahu benda tersebut mungkin aku juga lakukan. Adakah aku layak menegur? Adakah memerlukan kelayakan untuk menegur?
Pernah aku dengar kepimpinan melalui tauladan. Aku bukan bos atau pun orang kunci atau pun pemegang kunci. Aku hanya seorang yang mungkin mempunyai jati diri untuk mengarah. *hahaha
Perlukah kita yang kurang sempurna menegur sesuatu yang mungkin sempurna. Memang sukar kita sebagai seorng menerima teguran. Tetapi seorg manusia yang dewasa akan menerima teguran walaupun menunjukkan reaksi negatif. Tetapi seorang manusia dewasa dan berfikiran terbuka akan berterima kasih dan menerima teguran. Walaubagaimanapun seorang manusia biasa dan mengikut perasaan akan berkat, 'Eleh macam kau tu hebat sangat?' ataupun 'Kau sape? Aku bos, aku tau la?' ataupun 'Kau jaga keje kau tu jangan kisah keje aku?' Aku hanya melemparkan senyuman manis ku. Kepada gerangan2 manusia ini.
Perjalan mengambil masa 2 jam setengah jika aku melalui LDP dan juga masa yang sama aku ambil jika aku melalui Lebuhraya Persekutuan. bukan untuk memperihal kan dari Rembau ke Kelana Jaya tetapi buku sejarah Farish A Noor yang penuh berinformasi.
Pernahkah anda melihat iklan penjagaan badan dan institut mengawal beart badan. Seperti Mariam Clare, Lombong Weight Management dan pelbagai lagi. Kemudian menceritakan mengenai usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan dan mencapai penurunan berat badan yang menakjub kan sehingga dapat diletakkan di muka hadapan tabloid 11HM. Tabloid yang memaparkan berita2 sensasi. DLL. adakah ini akan membuatkan gym2 komersil akan menjadi kurang laris atau gym2 komersil menjadi tempat perempuan2 yang obsesi tentang berat badan dan lelaki2 metroseksual yang obses mengenai pek 6 mereka dan kepak dibahu mereka. aku mungkin seorang yang obses mengenai seluar yang aku ingin muat dan menjaga kesihatan. usaha yang diletakkan pada berapa byk duit yang seorang itu ada bagi aku bukan usaha tapi adalah suatu keadaan bernasib baik yang diberi kepada insan tersebut. dan mungkin ramai mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu2 ini. tapi adakah mungkin begini akhirnya. pentingnya luaran penampilan. pandangan manusia terhadap manusia lain. *mengeluh sendirian aku berkata begini bukan kerana aku seorang yang berilmu tinggi dan seorang yang patut dicontohi. Aku hanya seorang pemerhati pasif di bumi ini.
Makann Tengah Hari aku. Aku dah kekurangan idea untuk masak apa. Ingat nak masak asam. tapi baru je siang ayam. Nak siang ikan leceh plak. Lepas tu nasi baru je masak, jadi kene masak lauk cepat. Buntu2.
Mungkin aku akan bercerita tentang skandal2 yang terdapat di dalam hidupku ini. Tapi itu adalah untuk saya sahaja yang tahu dan kamu mencarinya. Pelik sungguh apabila kita me"natashahudson"kan sesuatu frasa tersebut. Ok kita kembali ke subjek dan tajuk yang telah dipilih. Sesiapa yang meminati kumpulan indie? Ada suatu ketika dahulu aku amat menyokong kumpulan2 indie aku mula mengenali indie ketika disekolah dahulu dimana aku diperkenalkan dengan kumpulan2 seperti Naked Breed, One Buck Short, etc. mengenali kumpulan ini di musiccanteen.com dan di purevolume.com adalah kumpulan indie dari luar negara. Pada ketika dahulu terdapat juga pihak2 persendirian yang menganggap dirinya meminati indie kemudian mengatakan indie itu adalah muzik dari India. Aku mula musykil kerana setahu aku lain tetapi lain pula yang diterima. Walaupun aku boleh dikatakan naif orangnya. Aku tidak mudah terpengaruh dengan orang2 yang ku golong konon2 berilmu. Aku menunjukkan muka tidak puas hati. Kedutan di antara dua keningku juga sudah muncul. Aku kemudian menanyakan. Ye ke Bro? Jawapan manusia persendirian ini pula. Ye ar. Indie tu kira macam name glam ar. Hal ini berlaku pada tahun 2002. Mungkin tidak dikenali. Manusia persendirian ini pula tidak menunjukkan rasa serba salah malah yakin seyakin2 nya. Tetapi aku rase sekarang ini dia sudah mula insaf dengan kesilapan yang dilakukan. Sekarang ini aku jarang mengetahui kehadiran2 band2 indie yang bagus. Kerana mereka sudah memanipulasi sebuah laman web percuma untuk mempromosikan band2 mereka. Jadi untuk menapis mana yang bagus atau tidak agak sukar. Apabila sukar itu menimpa aku untuk mencari sesuatu yang subjektif dan kurang memberi tambah nilai dari segi RM atau masa aku pun abaikan. Pada masa sekarang ini aku berminat dengan Yuna. Aku terlepas persembahan beliau di KLPAC. Malang buat ku. Aku mengenali Yuna melalui entri ini.
Adakah aku ingin bercarutan mengenai Yuna(youtube). Tidak. Aku hanya meminati insan Yuna(myspace) yg selebih itu aku belum ketahui lagi. Selepas indie2 ni tumbuh bak cendawan selepas hujan, (kita iklan sebentar) Mula iklan Apabila aku menyatakan sebuah peribasa aku teringat semula sebentar tadi aku ke KLIBF di mana aku terjumpa sebuah buku Kamus Peribahasa. Sungguh mengagumkan peribahasa2 yg terkandung di dalam buku tersebut. Setiap peribahasa, diberikan dahulu penerangan peribahasa yang ditunjukkan kemudian maksudnya dan juga contoh ayat menggunakan peribahasa tersebut. Sangat2 teruja aku melihat buku tersebut. Tetapi malang sekali aku tidak membelinya kerana buku tersebut berharga, RM43.90 selepas diskaun RM37.32 (Kulit Keras), RM33.90 selepas diskaun RM28.82 (Kertas Belakang) (proses natashahudsun dari "Paperback"). Walaupun begitu, harganya tetap tidak mampu ku milikki. Kerana aku telah membelanjakan wang yang ada untuk buku yang aku akan beli pada masa akan datang tetapi harga nya di KLIBF diturunkan separuh. Potongan ini hanya aku akan terima sekali lagi pada KLIBF2009 setahun amat panjang bagi ku. Tamat iklan Berkata mengenai hujan, sebuah kumpulan indie bernama Hujan. Ade yang berkata nyanyian mereka suka2 hati je nak nyanyi macam mane tapi tidak sumbang. Mereka merupakan fenomena. Kejayaan ditempa adalah suatu yang luarbiasa. Walaupun mereka tidak dibawah label mana2 studio rakaman mereka tetap menempa nama dipersada seni tanah air. Ok kita berhenti sebentar dengan pujian2 yang memberangsangkan pihak Hujan. Sebenarnya bukan hendak berkata mengenai Hujan tetapi memberi contoh seperti Hujan. Mereka indie memberi maksud mereka bebas. Mereka bebas bermaksud mereka mengikut kehendak mereka dan bukan kehendak pasaran. Itu memberi maksud mereka mengambil risiko untuk mencabar pasaran industri muzik di Malaysia. Hendak berkata mengenai industri muzik sampai ke sudah pun tak abis. Jadi aku tidak memfokuskan isi2 yang ingin diperkatakan tentang industri muzik. Kerana industri muzik dan industri hiburan di Malaysia ini tidak tulus dan hipokrit. Gambaran yang dipamerkan di dalam TV, dan situasi mereka sebenar tidak sama. Maksud di dalam TV bukannya di dalam drama atau filem. Dah sah2 berlakon memang tak betul la. Gambaran yang dipamerkan di dalam temuramah, kenyataan2 yang diberikan seperti tidak serupa bikin. Situasi ini mungkin berlaku ada di antara penghibur2 dan mungkin juga tidak. Tetapi jika ada atau tidak kenapa mahu disembunyikan. Mungkin negara kita yang mempunyai status negara Islam menyebabkan begitu dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Itu persoalan mereka dan industri ini sendiri. Sekarang ini byk isu yang diketengahkan mengenai pemuzik2 indie. Apabila diminta komen. Merapu je. Tiada isi. Tiada kajian dibuat tentang kenyataan diberikan. Aku hanya lihat benci terhadap wartawan yang hanya menonjolkan pemuzik2 yang popular dan label2 yang memilih pemuzik2 yang mempunyai pasaran yang bagus di industri muzik. Mereka perlu menimba pengalaman dari orang2 indie yang lama. Orang2 yang datang gig RM10 tu kebanyakan nya ikut trend. Cuba anda tanya umur2 yang datang ke gig tersebut. Aku rasa di dalam lingkungan yang belum boleh mengundi. Kata2 ku ini bukan ku membenci tetapi banyak yang perlu dikaji untuk membuatkan lu orang glamour walaupun tak berlabel. Untuk membuatkan Label indie dan Label mainstream bersaing sihat. Bagi pihak aku. Aku tak suka minat kumpulan yang popular. Bukan benci kurang minat. Tapi sokong. Seperti jika mereka membuat konsert ke aku pergi la. Album keluar ke. Aku beli la. Kerana aku suka cari benda baru. Seperti ketika aku menemukan Lily Allen. pada ketika dia tidak popular di Malaysia dan pada ketika sekarang juga tidak popular di Malaysia. Sekarang aku mula menumpukan kepada lagu2 dari negara bekas jajahan kita. Kerana album mereka tidak boleh didapati di Malaysia. Kumpulan indie, sila bersila dan fikirkan masa depan indie anda. Jangan buat promosi online di myspace sahaja. Aku penat dengan myspace. Dah tua sgt dah.
Rasa bersalah ke kite menghakimi orang tanpa melihat pada diri kita sendiri. Kita sibuk hakimi orang kemudian diri kita ketinggalan untuk dihakimi. Kita sibuk risau pasal orang sehingga kita lupa pasal diri kita sendiri. Kita dah ketinggalan jauh dari orang lain dan sampai sekarang tak sedar-sedar diri lagi. Kenapa kita selalu lalai untuk fikir tentang diri sendiri. * mengeluh
Penerbitan penulisan kerana kekurangan bahan untuk dijadikan median tulisan seperti pen, buku kecil atau besar. Penerbitan penulisan kerana ingin menjadi sebahagian kepada sesuatu. Penerbitan penulisan kerana dikatakan kurang dewasa. Penulisan penerbitan kerana kurang serba kekurangan. Dilepaskan kah atau duduk saje. .... .... .... .... .... Penat, penat.... Penerbitan penulisan sebahagian daripada responsi kepada dunia maya yang dikatakan wujud tetapi menghampakan. Penamaan dunia maya memberi maksud tidak berada secara terus tetapi ilusi dan gambaran. Penat, penat....
Berita Harian telah menyiarkan satu artikel bertajuk "Kebangkitan penulis 'underground' ", salah satu quote di dalam artikel ini menyatakan "Cerpen pendek kreatif sebagai tarikan kepada ulat buku".
Gelaran kepada pembaca buku sebagai ulat buku menggambarkan seorang yang hanya menghadap buku, tidak ikut trend dan ketinggalan zaman. Menjelaskan lagi gambaran seorang yang berkaca mata, berkemeja kotak2 berbutang sehingga atas dan dimasuk ke dalam, berseluar slack ataupun jeans, rambut pendek disikat tepi, memakai krim rambut brylcream, itu gambaran bagi seorang lelaki bagi kaum wanita pula, Berkaca mata, bersweater walaupun di tengah panas, berseluar jeans, berkasut sukan atau lebih gemar menggunakan berkataan sneakers, rambut berfringe. Kedua2 jantina ini akan ke mana2 dengan sebuah buku yang tebal.
Ini adalah gambaran tipikal yang diberikan oleh masyarakat tipikal yang dikatakan kurang membaca.
Berada dikalangan masyarakat yang tipikal, kertebukaan ku membuatkan ku berkelakuan tipikal. Perlakuan tidak tipikal akan digelar untuk mencari populariti murahan dan ingin mencari perhatian? Populariti ape kejadahnye. Perhatian ape nye.
Perlu berkelakuan tipikal untuk diterima. Perlu mengikut telunjuk untuk lepas dari masalah. Selesa ditempat sekarang, malas untuk mencari perkara baru.
Biarlah untuk masyarakat tipikal. Biarlah dengan perlakuan tipikal. Keterbukaan ku menerima panggilan tipikal, komentar tipikal, begitu juga ketidakterbukaan masyarakat tipikal.
....... ....... ....... ....... .......
Penulisan blog post pada kali ini adalah kerana aku gagal meng'google' maksud cerpen pop, fiksyen pop ataupun pop fiction. Pop Fiction hanya atau hanya (aku sudah malas untuk membuka mukasurat seterusnya) mengeluarkan cereka siri di televisyen yang diproduserkan oleh Ashton Kutcher. Hal ini adalah kerana aku baru sahaja menerima kiriman pos buku Kasut Biru Rubina dari Sufian Abas. Ingin mengkaji mengenali lebih dekat penulisan buku ini.
Translasi secara terus. Melalui blog pos sebelum ini di mana penulis menyatakan mengenai sesutu yang kita inginkan atau lebih dimudahkan jika dengan perkataan "wish". Ramai di antara kita yang selalu "wish" dan ada juga di antara mereka berdoa. Cukup ke? Tanpa usaha? Tapi ada juga di antara kita melakukan sesuatu yang melanggar seperti menggunakan ilmu2 yang bagi sesetengah pihak kepercayaan karut yang dicipta untuk menakutkan. Ataupun pihak tersebut terlampau takut dan tidak mahu percaya bahawa kepercayaan itu wujud. Apa-apa pun sebagai seorang yang masih berpegang pada agama (walaupun sesekali melakukan dosa2 besar dan belum terbuka untuk bertaubat) dan percaya bahawa perkara2 mistik tersebut wujud dan tidak mahu mempunyai kaitan kepada perkara2 tersebut. Perkara yang tidak munasabah yang dilakukan untuk melengkapkan apa yang diinginkan adalah mencuri. Kecurian yang akan menolong sesorang itu mencapai sesuatu yang diimpikan. Rompakan terbaru dilakukan berjumlah RM3.19 juta. Pihak polis mensyaki ia didalangi oleh seorang tua yang berumur 56 tahun. Memandangkan ia bukan milikku ku tidak begitu peduli. Berkata mengenai rompakan dan kecurian, saya teringat mengenai filem-filem barat yang bertajuk "Ocean's 11", "Ocean's 12" dan "Ocean 13". Mengisahkan mengenai perancangan rompakan oleh 11 orang, 12 orang dan 13 orang di mana ketiga2 "sequel" diketuai oleh Daniel Ocean. Ocean's 11 mengenai rompakan sebuah kasino milik seorang lelaki yang merupakan seorang teman lelaki kepada bekas kekasih Daniel Ocean. 11 kerana 11 orang yang merancang dan melakukan rompakan terancang tersebut. Ocean's 12 berlaku 3 tahun selepas episod sebelumnya, mengenai bagaimana mereka ingin mendapatkan duit yang telah dicuri pada episod sebelumnya. Mereka terpaksa mencuri barang2 seni berharga sebelum mereka dapat menerima hasil rompakan sebelumnya.12 kerana 12 orang yang merancang iaitu dengan penambahan seorang lagi daripada mereka bekas kekasih Daniel Ocean yang telah dibuang perkataan bekas tersebut. Ocean's 13 berlaku kerana mereka ingin membalas dendam terhadap salah seorang rakan mereka yang tiba2 diserang serangan jantung disebabkan oleh musuh juga. Kisah pada kali ini tidak melibatkan banyak kecurian tetapi mereka ingin menyebabkan musuh mereka ini mengalami kerugian yang amat besar dan juga anugerah 5 berlian. 13 kerana 11 dari mereka dari Ocean's 11 dan penambahan karaktor Terry Benedict (Andy Garcia) , dan Roman Nagel (Eddie Izzard). Ku harapkan ada la juga kelibat Julia Roberts tetapi malang sekali. Rompakan dan penipuan terancang yang membolehkan mereka mencuri sejumlah wang yang banyak. Mungkin cerita ini akan menjadi sumber inspirasi para perompak di dunia malah. Adakah ia benar? Aku hanya ingin kata kan beberapa perkataan. "Carik lah suatu kehidupan...." Adalh sesuatu yang janggal apabila kita me"natasyahudson"kan sesuatu itu. Jadi adakah apa yang ingin ku katakan ini impian hanya tinggal impian? Didunia korupsi ini. Bila menaip perkataan korupsi teringat pulak pada cerita bersambung2 Kiamat Sudah Dekat. KDK. Di dunia korupsi ini, bagaimana ingin mencapai sesuatu impian itu dengan cara tulus, tanpa mistik, tanpa Ocean's 11, dan tanpa Ocean's 13. Semua ini dikaitkan dengan keberkatan. *mengeluh Semasa masih mengaji di sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan keberkatan. Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun. Bak kata mak Muhamad Adif. Masa kat sekolah dulu memang ku jahil dengan berasa amat bangga kerana aku pernah sekolah di PJ. (ye la tu, babe you're a nobody. Just one of the malay student la babe. Not even a babe.) Merasakan diri ini lebih besar dari keberkatan. Itu lah kanak2. KDK. Belum matang. Eh sekarang ni dah matang ke? Matang tu ape? Persoalan yang subjektif dan memungkinkan jawapan yang subjektif bagi pihak-pihak yang terbuka dan objektif dari pihak yang merasakan diri mereka matang dan boleh mengredkan kematangan seseorang itu dengan membuat perbandingan terhadap dirinya sendiri. KDK.
The flower said, "I wish I was a tree," The tree said, "I wish I could be A different kind of tree, The cat wished that it was a bee, The turtle wished that it could fly Really high into the sky, Over rooftops and then dive Deep into the sea.
And in the sea there is a fish, A fish that has a secret wish, A wish to be a big cactus With a pink flower on it. And in the sea there is a fish, A fish that has a secret wish, A wish to be a big cactus With a pink flower on it.
And the flower Would be its offering Of love to the desert. And the desert, So dry and lonely, That the creatures all Appreciate the effort.
And the rattlesnake said, "I wish I had hands so I could hug you like a man." And then the cactus said, "Don't you understand, My skin is covered with sharp spikes That'll stab you like a thousand knives. A hug would be nice, But hug my flower with your eyes."
Pernah anda mendengar lagu yang didendangkan seperti di atas. Itu adalah seni kata dari lagu berjudul Tree Hugger yang didendangkan oleh Antsy Pants dan Kimya Dawson. Seorang artis yang saya tetibe minat selepas mendengar soundtrack dari filem Juno. Mungkin akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda.
Saya menyukai ungkapan terakhir lagu ini "But hug my flower with your eyes." Diharuskan anda meniliti keseluruhan senikata lagu.
Pos pada kali ini adalah mengenai bagaimana kita selalu "wish" yang kita ini sesuatu atau seseorang tanpa membandingkan kehebatan yang ada pada diri kita sendiri. Sudahkh anda menonton Happy Go Lucky? Saya belum kerana ia belum lagi ditayngkan lagi.Mungkin di International Screen. Atau saya terpaksa menonton di Universiti Malaya secara percuma atau pun di Malaysian Tourism. Lebih teruk lagi saya terpaksa menerukkan diri saya ini dengan memuatturun. Lebih teruk membeli DVD cetak rompak. Ingin membeli DVD yang bukan cetak rompak adalah sukar kerana filem tersebut adalah terbitan di Eropah.Mungkin hanya boleh dibeli dalam talian (online) tetapi amat sukar bagi seorang yang kurang berkemampuan untuk memiliki kad kredit.
Boleh dikatakan manusia ini sukar untuk dipuaskan. "Dah bagi betis nak peha" bak kata orang dahulu. Tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Tapi bila perasaan kita merasa cukup dan kita akan sentiasa duduk di ruang yang selesa tidak mahukan lebih cabaran dan kemajuan tidak akan wujud. Dan faktor ini pula kita perlu diperlihatkan. Seperti isu Bahasa Inggeris di sekolah dimana ada guru yang masih mengajar didalam Bahasa Melayu dan begitu yakin pihak kementerian akan menarik balik. Dengan menegakkan Bahasa ibunda boleh dinaiktarafkan dengan membuat perbandingan dengan Jepun. Bagi situasi sekarang adalah tidak relevan kerana pertumbuhan ekonomi negara Jepun dan perkembangan minda Jepun adakah selaras dengan negara kita? Atau pun mereka sudah selesa dan malas ingin mengubah sesutu kepada yang lebih mencabar? Atau pun pihak kementerian perlu menyediakan suatu prosidur yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris? Atau pun memberi mereka elaun untuk menguasai Bahasa Inggeris? Sebuah komputer riba sudah cukup?
Mungkin isu yang diketengahkan sudah lapuk untuk dimulakan sebagai topik. Topik yang di poskan pada kali ini hanya sebagai pemberitahuan. Tak nak la masuk dalam golongan yang menjengkelkan seperti yang dikatakan oleh blog Merces Letifer. Jadi saya hanya ingin menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) (laman web ini sepatutnya wujud tetapi tiada mungkin telah ditukar ke alamat yang lain, Apa-apa pun anda boleh google sendiri ya) berjaya menawan di negeri Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak & Pembangkang pula berjaya menawan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Jika maklumat yang dikumpulkan tidak bercanggah, di peringkat kerajaan persekutuan pula boleh disimpulkan bahawa BN tidak mendapt mandat 2/3 majoriti dari rakyat Malaysia tetapi mendapat majoriti bilangan kerusi parlimen.
Ku seorg yang naif dalam bidang politik. Tapi masih bertanggungjawab untuk memilih Siapa yang ku pilih Pilihanku adalah untuk diriku Adakah yang ku pilih terpilih Sukar untuk dimanipulasi dengan kata2 tanpa bukti. Mungkin boleh jika oleh orang yang dipandang tinggi. Sangat memandang tinggi Tun Dr M. Dengan pembangunan yang ku lihat. Adakah yang ku pilih itu akan dipilih oleh orang yang akan memilihnya nanti Atau mungkin orang itu akan pilih-pilih sahaja
Sebelum kita mencari kita perlu tahu apa yang dingin dicari Tercari-cari benda yang belum pasti Apa? Macam mana?
Chuck Bass dan Nate Archibald berbual,
Chuck: Impian kamu itu...Apa sebenarnya? Sebab saya dengar awak berkata mengenai bagaimana awak tidak mahu ke Dartmouth, bagaimana awak tidak mahu mengikut jejak langkah ayah awak. Tapi sebenarnya apa sebenarnya yang awak nak?
Nate: Apa yang saya tahu bukan semua ni
Chuck: Walaubagaimanapun, awak perlu jumpa apa impian awak sebelum awak buang semua yang awak ada untuk mencari apa impian awak.
Di atas adalah proses me"NatashaHudson"kan sebuah petikan dari Gossip Girl Episode 4. Versi bahasa Inggeris boleh didapati di sini.
Tapi apa yang akan aku hilang dalam mencari apa yang dicari Harta? Banyak la sangat Ilmu? Aku sedang mengaji Ilmu yanga ada hanya setitis dakwat lautan Agama? Aku akan pegang agama aku ni sampai aku tiba giliran aku dipanggil nanti Takut pulak kalau hilang agama Kalau hilang agama Hilang landasan Hilang harapan Hilang semuanya *mengeluh KU TUNGGU DAN LIHAT
Spekulasi mengenai Natasha Liana Hudson. Banyak sangat dah yang bercerita. tapi cuma hanya cerita. Tiada tindakan yang diambil. Bermula dengan penemuan oleh Jannah Raffali. Sebuah puisi yang telah diterjemahkan secara terus (direct translation) oleh model, pelakon dan jelitawan terkenal ini. Pihak yang memusuhi mungkin memperlihatkan spekulasi ini sebagai tiket untuk menjatuhkannya lagi. Pihak yang menyukai dan meminatinya mungkin akan menganggap spekulasi ini hanya salah satu tuduhan melulu yang dibuat oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan walaupun bukti yang dikumpul terlalu kuat dan pihak ini hanya akan menegakkan benang yang basah. Tunggu benang yang kering pun belum boleh ditegakkan. Dan bagi pihak yang AKU TAK PEDULI, yang tak kisah dengan NH, pula akan membuka mata dan menganggap dia hanya hendak mencari duit lebih secara cepat. Ini adalah satu contoh yang tidak patut di lakukan oleh seorang selibriti yang dikenali ramai. Spekulasi ini bukan diberatkan kerana dia adalah NH tetapi perbuatan plagiarism itu sendiri. Jika ia dilakukan oleh orang biasa, ia juga akan dipandang serong. Bila difikirkan semula apabila seorang yang biasa menerbitkan buku bukankah orang biasa itu adalah seorang yang terkenal juga. Jadi melakukan plagiarism untuk menjadi lebih terkenal bagi orang yang tak terkenal adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Mari kita berfikir sebagai seorang yang dewasa. Seorang yang dewasa tahu sesuatu itu betul atau salah. Cuma yang membezakan kita adalah apa seorang dewasa itu lakukan. Seorang dewasa yang ingin melakukan sesuatu yang major akan berfikir dahulu dan dia tahu sesuatu itu baik atau tidak. Perlakuan yang dilakukan tanpa mengetahui betul atau salah adalah perbuatan yang spontan. Melakukan plagirism tidak termasuk dalam perlakuan spontan ia adalah sesuatu yang dirancang. Semasa perancangan seorang dewasa itu sepatutnya menyedari bahawa perbuatan yang bakal dilakukan itu betul atau salah. Akhir sekali pa pe je lah.
Menipu Rasa bersalah Mungkin hatinya batu Aku peduli apa
Ditipu Menyalahkan Mungkin hatinya sabar Kalau lah...
Meniru Rasa bersalah Berkat ke nanti Aku peduli apa Bila dah kantoi Kalau lah...
Ditiru Biarkanlah dia Ala kawan Bila dah kantoi Padan muka...
Ini adalah blog peribadi dan pandangan yang dicurahkan adalah berbentuk peribadi. Pembacaan blog ini adalah berkenaan pendapat peribadi saya. Mungkin bertentangan dengan pandangan pembaca, itu pun kalau ada pembaca. KDK(Ketawa dengan Kuat) Jadi terima lah dengan hati terbuka. Jangan saman saya kerana suka tulis. Bahasa Melayu saya tidak hebat begitu juga Bahasa Inggeris. Tapi saya hendak menulis juga. Saya tidak peduli. Tidak ada siapa yang boleh menghalang saya meluahkan pendapat saya.