Tuesday, June 19, 2012

Jerit Keluar 1 - Sudah la.

OK. saya baca buku motivasi.
Betul-betul baca.
Dan saya dengar motivasi - motivasi pagi, petang malam etc
Betul-betul dengar.
Jadi apa-apa komen dan kritikan yang dimulakan dengan pujian yang pada saya tiada input...betul-betul tidak memberi kesan KEPADA SAYA mungkin orang lain ia berkesan.
Betul-betul tidak memberi kesan.
Jadi apabila ia tidak memberi kesan kepada saya.
Saya naik menyampah.
I need facts.
Jadi tak kan saya nak sound bos balik.
So saya sakit hati sorang-sorang.
Blurghhh...

Monday, May 28, 2012

51 - Sperma Cinta & 2.0-nya LAGI

Sekarang tiada gambar.

Saya baca ke mukasurat 22 dan seterusnya 23.

Masih bersabar ke mukasurat 24, 25, 26. Dan aku langkau 27 dan baca barisan akhir 28.

Tutup buku.

Cukup2 lah stress dengan buku Linglung.

Kesimpulannya yang dikatakan buku ini tiada perancangan penulisan.

Tiada plot yg teratur.

Sebuah cerita tu akan ada pengenalan tapi lawaknya ditengah2. Tapi akhirnya akan berkerut.

Jadi buku ni hanyalah pengisi ruang industri buku.

Sambungan. 2 am

*paksa diri baca 2.0

*mengeluh

*nota: pandangan peribadi masyarakat yang suka kepada lawak spontan Afdlin Shauki

Pernah baca Burgermpak?

Sila baca dulu.

Sperma Cinta 2.0

Lawak la sikit-sikit sebab mamat ni lahir tahun 1983 atau 1982. Bayi 80an ni ada persamaannya dari segi muzik, permainan DSB.
Jadi ia mengimbau kenagan lama.
La baik baca buku Buku Conteng: Jimi & Raksasa Misai dan Buku Conteng: Jimi dalam Akibat Jambul Alif.
Superb.
OK sekarang orang tak guna "superb".

Saya dah terbeli Sperma Cinta 2.0 dan saya tak nak.
Siapa nak?
Sila komen.
RM6. termasuk pos.
Tu kira bayar duit pos je tu.
Dah baca Burgermpak?
Buku tu best.
Siapa nak?
Pegi beli di kedai buku yang ada.
Saya tak jual sebab best.
Burgermpak
Bila saya baca saya nak abis kan.
Sperma 2.0 .... tak habis lagi ke?
Kau nak? Aku ada.

50 - Sperma Cinta & 2.0-nya


Ha? Apa ni?

Lukis rumah?

Seriyesli mamat ni gelak dulu baru tulis buku.

Nasib saya tak beli. Nasihat: sila beli no 1 sebelum anda beli 2.0-nya.

Saya bertahan di page 22 dan tak habis pun bab tu.

Monday, May 21, 2012

seketika...

PERLUKAN PELUKAN....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

49 - Cekik

Bersambung pada entri untuk KLIBF 2012 untuk beli buku Cekik. Ok. Padan la Ridhwan Saidi bagi wajah "pergi letak balik buku ni atas rak cik tudung" kepada saya untuk di minta "tandatangan".

Cekik "pulp"y. Penulisan yang bergaya walaupun sedikit carca marba yang panjang. Cuba menyalurkan maklumat yang mungkin penting dan mungkin tidak. Menyebabkan saya terpaksa baca Cekik lagi sekali.
Buku yang ada "tamat". Jadi tidak akan wujud pertanyaan seperti "Ada buku no.2?"

Panduan untuk membaca Cekik.

1. Buka minda.

2. Jangan kelam kabut nak cepat habis buku ni.

3. Jangan berkerut. Bertenang dan teruskan pembacaan. Ini buku fiksyen. Kalau nak buku logik beli Doktor Umum. Kalau nak baca penipuan baca surat khabar.

4. Akhir sekali kalau tak faham kembali ke langkah pertama.

Cekik tiada jalan cerita. Bukan untuk membunuh buku ni. Tapi sepertinya dilakukan untuk membuktikan sesuatu. Jalan cerita yang tidak fokus tapi ada penamat dan kita boleh buat kesimpulan. Bukan menyimpulkan cerita tapi menyimpulkan motif penulisan. Penulisan yang ada gaya. Malangnya tak sempat beli Mautopia.

Sunday, November 27, 2011

48 - Fwd:

Bila aku buat dosa...
Sepertinya satu dunia membincangkan dosa yang kulakukan...
Bila hajatku tidak kesampaian...
Sepertinya satu dunia dikurniakan hajat yang aku inginkan...
Ya Allah...
Berikan kuketenangan...
Ya Allah...
Aku tiada tempat untuk mengadu...
Hanya padaMu aku berdoa...
Hanya padaMu aku memohon pertolongan dan petunjuk...
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik bagiku dan juga yang buruk bagiku...

Friday, October 14, 2011

47 - Ustaz JO

Kisah seorang Ustaz di sekolah saya di Kuala Lumpur.
Tgk muka dalam TV pun dah gerun. Tapi jangan la buat salah. Sah2 la kene hamun.