Bersambung pada entri untuk
KLIBF 2012 untuk beli buku Cekik. Ok. Padan la Ridhwan Saidi bagi wajah "pergi letak balik buku ni atas rak cik tudung" kepada saya untuk di minta "tandatangan".
Cekik "pulp"y. Penulisan yang bergaya walaupun sedikit carca marba yang panjang. Cuba menyalurkan maklumat yang mungkin penting dan mungkin tidak. Menyebabkan saya terpaksa baca Cekik lagi sekali.
Buku yang ada "tamat". Jadi tidak akan wujud pertanyaan seperti "Ada buku no.2?"
Panduan untuk membaca Cekik.
1. Buka minda.
2. Jangan kelam kabut nak cepat habis buku ni.
3. Jangan berkerut. Bertenang dan teruskan pembacaan. Ini buku fiksyen. Kalau nak buku logik beli Doktor Umum. Kalau nak baca penipuan baca surat khabar.
4. Akhir sekali kalau tak faham kembali ke langkah pertama.
Cekik tiada jalan cerita. Bukan untuk membunuh buku ni. Tapi sepertinya dilakukan untuk membuktikan sesuatu. Jalan cerita yang tidak fokus tapi ada penamat dan kita boleh buat kesimpulan. Bukan menyimpulkan cerita tapi menyimpulkan motif penulisan. Penulisan yang ada gaya. Malangnya tak sempat beli Mautopia.
Friday, May 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment