29 März 2009 Tak baca lagi. Buku dari ZI Publication. Penulis Zaid Ibrahim. Bakal hit kot. Print macam buku Mencari Jalan Pulang. Buku yang byk jgk kontroversi. Tapi baca dgn hati terbuka kot. Aku cuba baca esok tgk best ke tak.
2 April 2009
Dah baca pengenalan yang baru ditulis bulan 3 2009.
Menerangkan 4 sebab mengapa buku ditulis. Menulis semasa Najib sedg sibuk nak naik takhta.
Quotasi mengenai penulisan Andrea Hirata*, buku Laskar Pelangi(RM28.00).
Membandingkan politik di Indonesia dan Filipina.
Penulisan yang bakal menjadi hit di masa keadaan politik yang bercelaru. Rakyat perlu suatu penulisan yang kurang bias terhadap satu pihak mungkin.
"Membaca Utasan Malaysia sahaja tidak akan mengembangkan pemikiran"
Quotasi yang tulus. Internet menjadikan surat khabar menjadi lapuk, lambat dan tidak tulus.
Buku untuk dijadikan rujukan yang tulus mungkin.
Harga RM35.00. Boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka.
*Andrea Hirata juga menulis buku Sang Pemimpi (RM26.00) dan Edensor (RM26.00)diterbitkan oleh PTS.

Ini adalah kompilasi sajak-sajak cinta dari penulis berbangsa German Bertolt Brecht (1898-1956). Byk karya yang dihasilkan. Beliau seorang doktor mungkin kerana mengambil jurusan perubatan di Munich. Juga aktif di bidang persembahan byk menyumbangkan karya persembahan teater.
Juga berharga RM15.00. Aku google Eddin Khoo. Secara rumusannya dia menulis mengenai masyarakat, sejarah, dan persekitaran. Salah seorang penyumbang kepada malaysiakini.