Spekulasi mengenai Natasha Liana Hudson. Banyak sangat dah yang bercerita. tapi cuma hanya cerita. Tiada tindakan yang diambil. Bermula dengan penemuan oleh
Jannah Raffali. Sebuah puisi yang telah diterjemahkan secara terus (direct translation) oleh model, pelakon dan jelitawan terkenal ini.
Pihak yang memusuhi mungkin memperlihatkan spekulasi ini sebagai tiket untuk menjatuhkannya lagi.
Pihak yang menyukai dan meminatinya mungkin akan menganggap spekulasi ini hanya salah satu tuduhan melulu yang dibuat oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan walaupun bukti yang dikumpul terlalu kuat dan pihak ini hanya akan menegakkan benang yang basah. Tunggu benang yang kering pun belum boleh ditegakkan.
Dan bagi pihak yang
AKU TAK PEDULI, yang tak kisah dengan NH, pula akan membuka mata dan menganggap dia hanya hendak mencari duit lebih secara cepat. Ini adalah satu contoh yang tidak patut di lakukan oleh seorang selibriti yang dikenali ramai.
Spekulasi ini bukan diberatkan kerana dia adalah NH tetapi perbuatan plagiarism itu sendiri. Jika ia dilakukan oleh orang biasa, ia juga akan dipandang serong. Bila difikirkan semula apabila seorang yang biasa menerbitkan buku bukankah orang biasa itu adalah seorang yang terkenal juga. Jadi melakukan plagiarism untuk menjadi lebih terkenal bagi orang yang tak terkenal adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Mari kita berfikir sebagai seorang yang dewasa.
Seorang yang dewasa tahu sesuatu itu betul atau salah. Cuma yang membezakan kita adalah apa seorang dewasa itu lakukan. Seorang dewasa yang ingin melakukan sesuatu yang major akan berfikir dahulu dan dia tahu sesuatu itu baik atau tidak. Perlakuan yang dilakukan tanpa mengetahui betul atau salah adalah perbuatan yang spontan. Melakukan plagirism tidak termasuk dalam perlakuan spontan ia adalah sesuatu yang dirancang. Semasa perancangan seorang dewasa itu sepatutnya menyedari bahawa perbuatan yang bakal dilakukan itu betul atau salah.
Akhir sekali pa pe je lah.
Menipu
Rasa bersalah
Mungkin hatinya batu
Aku peduli apa
Ditipu
Menyalahkan
Mungkin hatinya sabar
Kalau lah...
Meniru
Rasa bersalah
Berkat ke nanti
Aku peduli apa
Bila dah kantoi
Kalau lah...
Ditiru
Biarkanlah dia
Ala kawan
Bila dah kantoi
Padan muka...