Mungkin isu yang diketengahkan sudah lapuk untuk dimulakan sebagai topik. Topik yang di poskan pada kali ini hanya sebagai pemberitahuan. Tak nak la masuk dalam golongan yang menjengkelkan seperti yang dikatakan oleh blog Merces Letifer. Jadi saya hanya ingin menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) (laman web ini sepatutnya wujud tetapi tiada mungkin telah ditukar ke alamat yang lain, Apa-apa pun anda boleh google sendiri ya) berjaya menawan di negeri Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak & Pembangkang pula berjaya menawan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Jika maklumat yang dikumpulkan tidak bercanggah, di peringkat kerajaan persekutuan pula boleh disimpulkan bahawa BN tidak mendapt mandat 2/3 majoriti dari rakyat Malaysia tetapi mendapat majoriti bilangan kerusi parlimen.
Ku seorg yang naif dalam bidang politik.
Tapi masih bertanggungjawab untuk memilih
Siapa yang ku pilih
Pilihanku adalah untuk diriku
Adakah yang ku pilih terpilih
Sukar untuk dimanipulasi dengan kata2 tanpa bukti.
Mungkin boleh jika oleh orang yang dipandang tinggi.
Sangat memandang tinggi Tun Dr M.
Dengan pembangunan yang ku lihat.
Adakah yang ku pilih itu akan dipilih oleh orang yang akan memilihnya nanti
Atau mungkin orang itu akan pilih-pilih sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment