Thursday, March 20, 2008

14 - Kami Ada Situasi

Translasi secara terus. Melalui blog pos sebelum ini di mana penulis menyatakan mengenai sesutu yang kita inginkan atau lebih dimudahkan jika dengan perkataan "wish".
Ramai di antara kita yang selalu "wish" dan ada juga di antara mereka berdoa. Cukup ke? Tanpa usaha? Tapi ada juga di antara kita melakukan sesuatu yang melanggar seperti menggunakan ilmu2 yang bagi sesetengah pihak kepercayaan karut yang dicipta untuk menakutkan. Ataupun pihak tersebut terlampau takut dan tidak mahu percaya bahawa kepercayaan itu wujud. Apa-apa pun sebagai seorang yang masih berpegang pada agama (walaupun sesekali melakukan dosa2 besar dan belum terbuka untuk bertaubat) dan percaya bahawa perkara2 mistik tersebut wujud dan tidak mahu mempunyai kaitan kepada perkara2 tersebut.
Perkara yang tidak munasabah yang dilakukan untuk melengkapkan apa yang diinginkan adalah mencuri. Kecurian yang akan menolong sesorang itu mencapai sesuatu yang diimpikan. Rompakan terbaru dilakukan berjumlah RM3.19 juta. Pihak polis mensyaki ia didalangi oleh seorang tua yang berumur 56 tahun.
Memandangkan ia bukan milikku ku tidak begitu peduli.
Berkata mengenai rompakan dan kecurian, saya teringat mengenai filem-filem barat yang bertajuk "Ocean's 11", "Ocean's 12" dan "Ocean 13". Mengisahkan mengenai perancangan rompakan oleh 11 orang, 12 orang dan 13 orang di mana ketiga2 "sequel" diketuai oleh Daniel Ocean.
Ocean's 11 mengenai rompakan sebuah kasino milik seorang lelaki yang merupakan seorang teman lelaki kepada bekas kekasih Daniel Ocean. 11 kerana 11 orang yang merancang dan melakukan rompakan terancang tersebut.
Ocean's 12 berlaku 3 tahun selepas episod sebelumnya, mengenai bagaimana mereka ingin mendapatkan duit yang telah dicuri pada episod sebelumnya. Mereka terpaksa mencuri barang2 seni berharga sebelum mereka dapat menerima hasil rompakan sebelumnya.12 kerana 12 orang yang merancang iaitu dengan penambahan seorang lagi daripada mereka bekas kekasih Daniel Ocean yang telah dibuang perkataan bekas tersebut.
Ocean's 13 berlaku kerana mereka ingin membalas dendam terhadap salah seorang rakan mereka yang tiba2 diserang serangan jantung disebabkan oleh musuh juga. Kisah pada kali ini tidak melibatkan banyak kecurian tetapi mereka ingin menyebabkan musuh mereka ini mengalami kerugian yang amat besar dan juga anugerah 5 berlian. 13 kerana 11 dari mereka dari Ocean's 11 dan penambahan karaktor Terry Benedict (Andy Garcia) , dan Roman Nagel (Eddie Izzard). Ku harapkan ada la juga kelibat Julia Roberts tetapi malang sekali.
Rompakan dan penipuan terancang yang membolehkan mereka mencuri sejumlah wang yang banyak. Mungkin cerita ini akan menjadi sumber inspirasi para perompak di dunia malah. Adakah ia benar? Aku hanya ingin kata kan beberapa perkataan. "Carik lah suatu kehidupan...."
Adalh sesuatu yang janggal apabila kita me"natasyahudson"kan sesuatu itu.
Jadi adakah apa yang ingin ku katakan ini impian hanya tinggal impian?
Didunia korupsi ini. Bila menaip perkataan korupsi teringat pulak pada cerita bersambung2 Kiamat Sudah Dekat. KDK.
Di dunia korupsi ini, bagaimana ingin mencapai sesuatu impian itu dengan cara tulus, tanpa mistik, tanpa Ocean's 11, dan tanpa Ocean's 13. Semua ini dikaitkan dengan keberkatan.
*mengeluh
Semasa masih mengaji di sekolah menengah, aku sering diingatkan dengan keberkatan. Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun. Bak kata mak Muhamad Adif.
Masa kat sekolah dulu memang ku jahil dengan berasa amat bangga kerana aku pernah sekolah di PJ. (ye la tu, babe you're a nobody. Just one of the malay student la babe. Not even a babe.) Merasakan diri ini lebih besar dari keberkatan. Itu lah kanak2. KDK.
Belum matang.
Eh sekarang ni dah matang ke?
Matang tu ape?
Persoalan yang subjektif dan memungkinkan jawapan yang subjektif bagi pihak-pihak yang terbuka dan objektif dari pihak yang merasakan diri mereka matang dan boleh mengredkan kematangan seseorang itu dengan membuat perbandingan terhadap dirinya sendiri.
KDK.

No comments: