Gelaran ulat buku kurasakan sensitif.
Berita Harian telah menyiarkan satu artikel bertajuk "Kebangkitan penulis 'underground' ", salah satu quote di dalam artikel ini menyatakan "Cerpen pendek kreatif sebagai tarikan kepada ulat buku".
Gelaran kepada pembaca buku sebagai ulat buku menggambarkan seorang yang hanya menghadap buku, tidak ikut trend dan ketinggalan zaman. Menjelaskan lagi gambaran seorang yang berkaca mata, berkemeja kotak2 berbutang sehingga atas dan dimasuk ke dalam, berseluar slack ataupun jeans, rambut pendek disikat tepi, memakai krim rambut brylcream, itu gambaran bagi seorang lelaki bagi kaum wanita pula,
Berkaca mata, bersweater walaupun di tengah panas, berseluar jeans, berkasut sukan atau lebih gemar menggunakan berkataan sneakers, rambut berfringe.
Kedua2 jantina ini akan ke mana2 dengan sebuah buku yang tebal.
Ini adalah gambaran tipikal yang diberikan oleh masyarakat tipikal yang dikatakan kurang membaca.
Berada dikalangan masyarakat yang tipikal, kertebukaan ku membuatkan ku berkelakuan tipikal. Perlakuan tidak tipikal akan digelar untuk mencari populariti murahan dan ingin mencari perhatian? Populariti ape kejadahnye. Perhatian ape nye.
Perlu berkelakuan tipikal untuk diterima. Perlu mengikut telunjuk untuk lepas dari masalah. Selesa ditempat sekarang, malas untuk mencari perkara baru.
Biarlah untuk masyarakat tipikal.
Biarlah dengan perlakuan tipikal.
Keterbukaan ku menerima panggilan tipikal, komentar tipikal, begitu juga ketidakterbukaan masyarakat tipikal.
.......
.......
.......
.......
.......
Penulisan blog post pada kali ini adalah kerana aku gagal meng'google' maksud cerpen pop, fiksyen pop ataupun pop fiction. Pop Fiction hanya atau hanya (aku sudah malas untuk membuka mukasurat seterusnya) mengeluarkan cereka siri di televisyen yang diproduserkan oleh Ashton Kutcher.
Hal ini adalah kerana aku baru sahaja menerima kiriman pos buku Kasut Biru Rubina dari Sufian Abas. Ingin mengkaji mengenali lebih dekat penulisan buku ini.
Thursday, March 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment