Mungkin aku akan bercerita tentang skandal2 yang terdapat di dalam hidupku ini. Tapi itu adalah untuk saya sahaja yang tahu dan kamu mencarinya.
Pelik sungguh apabila kita me"natashahudson"kan sesuatu frasa tersebut.
Ok kita kembali ke subjek dan tajuk yang telah dipilih.
Sesiapa yang meminati kumpulan indie? Ada suatu ketika dahulu aku amat menyokong kumpulan2 indie aku mula mengenali indie ketika disekolah dahulu dimana aku diperkenalkan dengan kumpulan2 seperti Naked Breed, One Buck Short, etc. mengenali kumpulan ini di musiccanteen.com dan di purevolume.com adalah kumpulan indie dari luar negara.
Pada ketika dahulu terdapat juga pihak2 persendirian yang menganggap dirinya meminati indie kemudian mengatakan indie itu adalah muzik dari India. Aku mula musykil kerana setahu aku lain tetapi lain pula yang diterima.
Walaupun aku boleh dikatakan naif orangnya. Aku tidak mudah terpengaruh dengan orang2 yang ku golong konon2 berilmu. Aku menunjukkan muka tidak puas hati. Kedutan di antara dua keningku juga sudah muncul. Aku kemudian menanyakan. Ye ke Bro? Jawapan manusia persendirian ini pula. Ye ar. Indie tu kira macam name glam ar. Hal ini berlaku pada tahun 2002. Mungkin tidak dikenali. Manusia persendirian ini pula tidak menunjukkan rasa serba salah malah yakin seyakin2 nya. Tetapi aku rase sekarang ini dia sudah mula insaf dengan kesilapan yang dilakukan.
Sekarang ini aku jarang mengetahui kehadiran2 band2 indie yang bagus. Kerana mereka sudah memanipulasi sebuah laman web percuma untuk mempromosikan band2 mereka. Jadi untuk menapis mana yang bagus atau tidak agak sukar. Apabila sukar itu menimpa aku untuk mencari sesuatu yang subjektif dan kurang memberi tambah nilai dari segi RM atau masa aku pun abaikan. Pada masa sekarang ini aku berminat dengan Yuna. Aku terlepas persembahan beliau di KLPAC. Malang buat ku. Aku mengenali Yuna melalui entri ini.
Adakah aku ingin bercarutan mengenai Yuna(youtube). Tidak. Aku hanya meminati insan Yuna(myspace) yg selebih itu aku belum ketahui lagi.
Selepas indie2 ni tumbuh bak cendawan selepas hujan, (kita iklan sebentar)
Mula iklan
Apabila aku menyatakan sebuah peribasa aku teringat semula sebentar tadi aku ke KLIBF di mana aku terjumpa sebuah buku Kamus Peribahasa. Sungguh mengagumkan peribahasa2 yg terkandung di dalam buku tersebut. Setiap peribahasa, diberikan dahulu penerangan peribahasa yang ditunjukkan kemudian maksudnya dan juga contoh ayat menggunakan peribahasa tersebut. Sangat2 teruja aku melihat buku tersebut. Tetapi malang sekali aku tidak membelinya kerana buku tersebut berharga, RM43.90 selepas diskaun RM37.32 (Kulit Keras), RM33.90 selepas diskaun RM28.82 (Kertas Belakang) (proses natashahudsun dari "Paperback"). Walaupun begitu, harganya tetap tidak mampu ku milikki. Kerana aku telah membelanjakan wang yang ada untuk buku yang aku akan beli pada masa akan datang tetapi harga nya di KLIBF diturunkan separuh. Potongan ini hanya aku akan terima sekali lagi pada KLIBF2009 setahun amat panjang bagi ku.
Tamat iklan
Berkata mengenai hujan, sebuah kumpulan indie bernama Hujan. Ade yang berkata nyanyian mereka suka2 hati je nak nyanyi macam mane tapi tidak sumbang. Mereka merupakan fenomena. Kejayaan ditempa adalah suatu yang luarbiasa. Walaupun mereka tidak dibawah label mana2 studio rakaman mereka tetap menempa nama dipersada seni tanah air. Ok kita berhenti sebentar dengan pujian2 yang memberangsangkan pihak Hujan.
Sebenarnya bukan hendak berkata mengenai Hujan tetapi memberi contoh seperti Hujan. Mereka indie memberi maksud mereka bebas. Mereka bebas bermaksud mereka mengikut kehendak mereka dan bukan kehendak pasaran. Itu memberi maksud mereka mengambil risiko untuk mencabar pasaran industri muzik di Malaysia.
Hendak berkata mengenai industri muzik sampai ke sudah pun tak abis. Jadi aku tidak memfokuskan isi2 yang ingin diperkatakan tentang industri muzik. Kerana industri muzik dan industri hiburan di Malaysia ini tidak tulus dan hipokrit. Gambaran yang dipamerkan di dalam TV, dan situasi mereka sebenar tidak sama. Maksud di dalam TV bukannya di dalam drama atau filem. Dah sah2 berlakon memang tak betul la. Gambaran yang dipamerkan di dalam temuramah, kenyataan2 yang diberikan seperti tidak serupa bikin. Situasi ini mungkin berlaku ada di antara penghibur2 dan mungkin juga tidak. Tetapi jika ada atau tidak kenapa mahu disembunyikan. Mungkin negara kita yang mempunyai status negara Islam menyebabkan begitu dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Itu persoalan mereka dan industri ini sendiri.
Sekarang ini byk isu yang diketengahkan mengenai pemuzik2 indie.
Apabila diminta komen. Merapu je. Tiada isi. Tiada kajian dibuat tentang kenyataan diberikan. Aku hanya lihat benci terhadap wartawan yang hanya menonjolkan pemuzik2 yang popular dan label2 yang memilih pemuzik2 yang mempunyai pasaran yang bagus di industri muzik.
Mereka perlu menimba pengalaman dari orang2 indie yang lama. Orang2 yang datang gig RM10 tu kebanyakan nya ikut trend. Cuba anda tanya umur2 yang datang ke gig tersebut. Aku rasa di dalam lingkungan yang belum boleh mengundi.
Kata2 ku ini bukan ku membenci tetapi banyak yang perlu dikaji untuk membuatkan lu orang glamour walaupun tak berlabel. Untuk membuatkan Label indie dan Label mainstream bersaing sihat.
Bagi pihak aku. Aku tak suka minat kumpulan yang popular. Bukan benci kurang minat. Tapi sokong. Seperti jika mereka membuat konsert ke aku pergi la. Album keluar ke. Aku beli la. Kerana aku suka cari benda baru. Seperti ketika aku menemukan Lily Allen. pada ketika dia tidak popular di Malaysia dan pada ketika sekarang juga tidak popular di Malaysia. Sekarang aku mula menumpukan kepada lagu2 dari negara bekas jajahan kita. Kerana album mereka tidak boleh didapati di Malaysia.
Kumpulan indie, sila bersila dan fikirkan masa depan indie anda. Jangan buat promosi online di myspace sahaja. Aku penat dengan myspace. Dah tua sgt dah.
Saturday, April 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment