Saturday, August 16, 2008

21 - Palsu

Dunia blog yang membolehkan kita berkata apa sahaja. Menulis apa sahaja. Aku sebagai typical blogger yang suka komen, kritik, dan merungut. Kenapa blooger suka merungut, kritik dan komen. Adakah kerana hidup mereka begitu sempurna sehingga mereka terpaksa komen, kritik dan merungut moga2 berharap benda, orang dan pesekitaran mereka berubah mengikut kehendak mereka.

*mengeluh

Manusia sering ingin melakukan sesuatu yang bagi mereka adalah lain tapi hakikatnya adalah serupa.

Aku sering ingin membetulkan sesuatu yang terang-terangan salah walaupun aku tahu benda tersebut mungkin aku juga lakukan.
Adakah aku layak menegur?
Adakah memerlukan kelayakan untuk menegur?

Pernah aku dengar kepimpinan melalui tauladan. Aku bukan bos atau pun orang kunci atau pun pemegang kunci. Aku hanya seorang yang mungkin mempunyai jati diri untuk mengarah.
*hahaha

Perlukah kita yang kurang sempurna menegur sesuatu yang mungkin sempurna.
Memang sukar kita sebagai seorng menerima teguran.
Tetapi seorg manusia yang dewasa akan menerima teguran walaupun menunjukkan reaksi negatif.
Tetapi seorang manusia dewasa dan berfikiran terbuka akan berterima kasih dan menerima teguran.
Walaubagaimanapun seorang manusia biasa dan mengikut perasaan akan berkat, 'Eleh macam kau tu hebat sangat?' ataupun 'Kau sape? Aku bos, aku tau la?' ataupun 'Kau jaga keje kau tu jangan kisah keje aku?'
Aku hanya melemparkan senyuman manis ku. Kepada gerangan2 manusia ini.

No comments: