Monday, August 11, 2008

19 - Mungkin Iklan Biasa atau Pencapaian yang biasa

Pernahkah anda melihat iklan penjagaan badan dan institut mengawal beart badan. Seperti Mariam Clare, Lombong Weight Management dan pelbagai lagi. Kemudian menceritakan mengenai usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan dan mencapai penurunan berat badan yang menakjub kan sehingga dapat diletakkan di muka hadapan tabloid 11HM. Tabloid yang memaparkan berita2 sensasi. DLL. adakah ini akan membuatkan gym2 komersil akan menjadi kurang laris atau gym2 komersil menjadi tempat perempuan2 yang obsesi tentang berat badan dan lelaki2 metroseksual yang obses mengenai pek 6 mereka dan kepak dibahu mereka. aku mungkin seorang yang obses mengenai seluar yang aku ingin muat dan menjaga kesihatan. usaha yang diletakkan pada berapa byk duit yang seorang itu ada bagi aku bukan usaha tapi adalah suatu keadaan bernasib baik yang diberi kepada insan tersebut. dan mungkin ramai mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu2 ini.
tapi adakah mungkin begini akhirnya. pentingnya luaran penampilan. pandangan manusia terhadap manusia lain.
*mengeluh sendirian
aku berkata begini bukan kerana aku seorang yang berilmu tinggi dan seorang yang patut dicontohi. Aku hanya seorang pemerhati pasif di bumi ini.

No comments: