Thursday, August 21, 2008

22 - Pendek+Manis

Mungkin pernah dengar ungkapan tersebut. Dan bagi yang sudah menyaksikan teater Pendek+Manis. Terima Kasih kerana menyaksikan dan menyokong industri teater di Malaysia.
Terima Kasih kita ucapkan kepada usaha2 keras KLPAC seperti Dato' Faridah Merican dan Joe Hasham. Dengan usaha gigih mereka berdua ini begitu juga rakan2 produksi. KLPAC dapat menjayakan festival Pendek+Manis yang berasal dari Australia dengan jayanya.
Mungkin kekurangan festival Pendek+Manis pada kali ini perlu di muatkan dengan elemen2 kemelaysiaan. Semua teater Pendek+Manis tidak menampakkan elemen2 kemalaysiaan. Semuanya bebas. Aku bukan prejudis terhadap kebebasan. Tetapi kita sebagai manusia perlu ada batas2 tertentu dalam hidup ini supaya ia lebih bermakna.

Aku bukan tidak selesa dengan pemaparan aksi percumbuan atau pembukaan bahagian anggota badan ataupun bahasa-bahasa kesat yang dilontarkan. Aku terbuka melihat dan mendengar semua aksi dan kata2 mereka. Aku menerimanya sebagai kononnya hasil seni walaupun ia bercanggah dengan apa masyarakat Malaysia kita sendiri lakukan. Mungkin masyarakat Malaysia ramai yang melakukannya tetapi ia bukan sesuatu yang rakyat Malaysia perlu galakkan. Aku cuma kurang selesa dengan perkara2 sensitif yang disentuh. Mungkin sesiapa yang tidak pernah ke surau, masjid dan tidak tahu apa itu zohor, asar, maghrib mungkin menganggap ia adalah komen sinis yang menghiburkan. Mereka tidak tersentuh dengan komen tersebut. Apakah mereka yang menonton yang percaya kepada tuhan akan tersentuh apabila komen2 sinis dilemparkan kepada mereka. Dan mereka yang tidak percaya kepada kepercayaan tersebut akan ketawa.

Aku akan terasa jika sesiapa mempersendakan agama lain. Memperkecilkan agama lain. Agama adalah sesuatu yang suci. Walau apa agama yang dianuti. Hindu, Buddha, Katolik, Proteston mahupun Islam. Agama adalah isu sensitif.

Adakah mereka yang tidak terasa apabila sebuah agama itu dipersendakan tidak mempunyai agama?

Mempercayai sesuatu kuasa yang mengawal alam semesta atau lebih mudah dikenali sebagai tuhan adalah sesuatu keperluan jiwa dan rohani. Penyelidikan telah dijalankan terhadap golongan2 yg mempercayai tuhan dan golongan yang tidak mempercayaai tuhan. Meraka yang berpegang kepada sistem ketuhanan hidup lebih lama daripada golongan Atheis ini.

Aku seperti ingin membalas kritikan2 sinis golongan2 yang aku anggap Atheis ini. Bagaimana?
Menyertai festival Pendek+Manis untuk tahun hdpn? Aku kurang kreatif. Kita tunggu dan lihat.

2 comments:

zino said...

salam kenal..
kunjungan balas.. ada tiga blog tak tau nak masuk yg mana satu.. so landing kat sini..

zino tak pernah lagi menonton teater ni.. tak tau bila ada kesempatan tu..

Puteri Gunung Ledang said...

saya menatashahudsodkan frasa pendek+manis daripada short+sweet.