Thursday, October 2, 2008

23 - Dosa Pahala

Dosa dan pahala.
Di ceritakan dari kecil buat baik dapat pahala buat jahat dapat dosa.
Agama Islam yang kebykan masyarakat melayu kita pegang, melakukan apa yang Allah s.w.t suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Allah memberi maksud tuhan. Aku tak nak bercerita mengenai nama Allah itu sendiri. Ia adalah suatu perkara yang perlu diperjelaskan untuk orang2 yang berfikiran waras dan terbuka, tidak rigid. Lg pun bukan tempat aku untuk membentangkan nama Allah itu sendiri. Sebagai umat yang mengaku dengan lidah, mengucap dalam hati dan melakukan dengan perbuatan perlu mengenal nama-nama Allah dan bukan melecehkan diri mempertahankan benda-benda remeh.
Aku tau dosa dan pahala. aku manusia yang selalu melakukan dosa dan pahala yang aku lakukan tidak ku tahu kerana perkara baik yang aku lakukan belum tentu diterima atau tidak. Manusia dewasa tahu sesuatu perkara itu betul atau salah. Dosa atau pahala.
Di akhir zaman ini byk perkara suci dipermainkan oleh golongan2 yang menjadi tumpuan masyarakat. Al-Quran dijadikan alat untuk membuktikan ketulusan, ucapan2 dosa pahala dijadikan debat utama bagi orang2 yang bersalah.
Ayat2 glamor,
"Apa korang dapat buat semua ni? Dapat dosa je."
"Biar je la tuhan yang hukum diorang."
"Di dunia ni saya mendapat dugaan. Tak pe kita tunggu di akhirat."
Ini bagi ku adalah lawak kerana orang2 yang berkata ayat2 seperti di atas adalah orang yg bersalah. Menyumpah kepada org yang menyebarkan gambar2 aksi kurang sopan bersama boyfren masing2, gambar lucah mereka, plagiat, ucapan2 tidak sepatutnya, dll.
Mungkin aku terlampau fokuskan kepada manusia2 didunia glamor dan manusia2 didunia tidak glamor ini adalah suci. KDK.
Aku bukan nak memfokuskan kepada mereka. dah diorang kat tv. perkara di TV semua nya betul. KDKGG

Contoh2 ucapan2 seperti ini:

ape diorang dapat? Kepuasan? Glamour?
I don't know.. I don't know... Ape yang i buat tu berdosa. Yang diorang buat tu tak berdosa. Malukan orang tu tak berdosa.
Tidak, saya tidak plagiat. Buku yang saya buat tu short stories bukan nya poems. saya tak tau ape blogger tu nak. Tak pe diorang berdosa, nnti saya dapat pahala dier.

Ayat2 diatas telah diubah suai mengikut suka hati saya. KDK

Ucapan sebenar melalui versi video akan di upload kan kemudian. Segala kesulitan di mohon maaf.

Bosan kan. Ayat2 dosa pahala di tentukan oleh mereka. Igtkan dosa pahala boleh dgr kat ceramah agama je. Dekat rancangan hiburan pun kita boleh dgr.

Hebat2 pendekatan baru. Penceramah kita terdiri daripada golongan2 glamor. KDKGG

*mengeluh

macam mane nak dapat invitasi ke blog ini.... Tronoh Tranquility


No comments: