Saturday, October 25, 2008

24 - Kisah Gadis


Melalui pencarian aku dalam dunia yang fana ini. Aku melihat dunia ini luas. Macam-macam kerenah. Melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut. Kejadian tanggal 25 Oktober 2008 di salah sebuah kedai buku popular di Malaysia di salah sebuah kompleks beli belah di Wilayah Persekutuan. Kejadian salah faham dan keegoan manusia di antara pelanggan dan juruwang. Teguran yang di salah anggap menjadikan seseorang yang berego tinggi itu naik berang dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada prestasi toko kedai tersebut. Tidak perlu kita lihat ke hadapan sgt. Kita lihat kesan terhadap 2 manusia yang mahu menang. Juruwang ini masih untuk mempertahankan perjuangan nya yang tidak bersalah dan pelanggan ini masih mempertahankan yang dia tidak bersalah. Kesimpulannya, MEMBAZIR PERASAAN.

Ape-ape pun itu adalah kisah gadis mengenai ego masing2. KDK

Aku baru je pas tgk Kisah Gadis bersama2 rakan di KLPAC . Tiket free g je la.

Pencarian ku bermula dgn Yahoo kemudian Google. Pencarian mengenai komen2 dan kritikan2 membina dan membinasa.

Sgt mengecewakan kerana kebykannya mengenai kisah gadis di rogol, kisah gadis terlampau, dan kisah gadis sunti.
Apa2 pun aku seronok menonton Kisah Gadis. Bukan teater ku yang pertama. Jadi penilaian aku sudah ada. Aku menonton pelbagai genre dari patriotik, ke klasik, ke kehidupan, kepada komedi. jadi perbandingan aku terhadap Kisah Gadis bukan dari segi genre tetapi dari segi plot dan daya tarikan penonton.
Penonton amat mengecewakan kerana hilaian tawa menyebabkan aku kurang fokus kepada percakapan. Mujur terdapat sari kata bahasa Inggeris. NAMUN ia tidak teratur kerana perubahan saat akhir oleh Tuan Darektor menyebabkan petugas yang mengendalikan sari kata itu gugup.
Aku stress. KDK.
Aku masih menonton.

Mangli.

Ku bertanya kepada kru yang terlibat. Maksud Mangli. Mereka memberikan aku henjutan bahu yang menunjukkan maksud tidak tahu.
Permulaan cerita yang menarik. Menunjukkan karektor seorang yang kurang siuman. Di datangi watak kedua, yang menunjukkan karektor yang siuman. watak tidak siuman itu kemudian menampakkan dia siuman apabila bertemu dgn watak pertama. Di sepanjang penceritaan Mangli, menampakkan watak 1 sedar bahawa dia sedikit siuman dan sedikit tidak siuman.
mungkin agak pelik apa yg aku perkatakan. aku bukan nya nak cerita mengenai cerita yang diceritakan. aku mahu cerita mengenai suasana penceritaan yang ingin disampaikan.
anda tak faham? Ade aku kisah?
Sepanjang persembahan Mangli, aku dapat simpulkan bhw cerita nya agak meleret dan penghujung yang seperti ingin klimaks tersangkut ditengah jalan. Tiada tanda tny. Tiada persoalan. Penghujung yang tiada apa. dan cerita yang tiada cerita. aku tak nampak plot. aku tak nampak penghujung dan permulaan. seperti iklan tv yang tiada barang yang ingin diiklankan.

Gadis Jalan Burmah

Permulaan cerita seperti mempunyai 2 watak tapi sebenarnya hanya satu sahaja.
Karakter bercerita kepada penonton. Hanya komunikasi satu hala. Suatu gaya penceritaan teater yang biasa. Cerita yang ingin disampaikan juga menarik cara penyampaian juga boleh difahami. Watak yang dibawa memberi kesan.
Cerita ini aku nampak la plotnya. sejarah kehidupan antara cinta dan nafsu. dan membawa watak kepada kehidupan sekarng. Ia diselangi oleh komunikasi watak dengan watak lain.
Penghujung cerita ini, aku boleh agak. Ada klimaks. Ada penghujung. Lebih baik dari cerita sebelumnya. Jalan cerita yang biasa.

Kesimpulan

Kedua2 cerita agak FLAT. Lakonan Tapai, Ashraf dan Sherry bagus.

SOKONG INDUSTRI TEATER TEMPATAN.
MARTABATKAN HASIL SENI TEMPATAN.

No comments: