Hak cipta 8tv untuk drama bersiri Kami..
Episod 2
Intro
Seperti surat2 kiriman kenalan dekat dan jauh
Kita mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain
Membawa kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi
Seperti sebutir habuk yang ditiup angin
Kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan
Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan
Kisah silam yang ingin kita lupakan
Berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yang baru
End
Suatu hari kita akan sedar
Melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita
Nak tak nak kita terpaksa buat pilihan
Dan berhadapan dengan pelbagai dugaan
Dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan
Pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru
Dan yang akan membawa kita pulang
Berakhir sebuah episod hidup pada hari ini
Bermula sebuah episod baru pada esok hari
Melihat pemergian sebuah episod itu
Mencari2 dimana kah ia pergi
Mencari2 apakah yang akan berlaku
Nak tunggu atau nak bertindak
Berubah atau masa berlalu pergi
Sebenarnya kita belajar tinggi2 pun keputusan yang dibuat macam orang tak sekolah
Masa tak berkadar terus dengan tindakan kita
Masa tu macam air sungai
Kalau hujan die jadi deras
Kalau tak biasa je
Tapi kalau penuh dengan sampah
Menyusah kan orang pulak
Banjir yang datang
Busuk yang sampai
Masa tetap akan berlalu walau ape pun terjadi
Melain kan kita bertindak daripada menunggu
Kenangan tinggal kenangan
Kenangan jadikan sandaran
Kalau kita asyik ingat kenangan je
Macam tak berkembang pulak fikiran kita ni
Jadi kene jadikan sandaran untuk bertindak
Kita hidup perlu ada matlamat
Untuk kita terus mengharungi kehidupan
Macam sungai matlamat sungai ingin ke laut
Tak kira banjir ke
Sampah ke
Masih nak ke laut
Dah sampai laut
Rupa nya masih banyak lagi yang perlu difikirkan
Nak pegi dasar ke
Nak pegi pantai ke
Atau tak nak pegi mana2
Sampai muara semakin besar
Sampai tiada pilihan selain pergi
Thursday, November 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment