Hak cipta 8tv untuk drama bersiri Kami..
Episod 8
Intro
Apabila kita sedar dunia telah yang kita bina
Sebenarnya rapuh dan mula retak
Kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan
Kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan
End
Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan
Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit
Badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat
Hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras
dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin
Untuk mencapai kebahagian dan kesempurnaan
Kita tau bukannya tak tau
Kita perlu berani membebaskan diri
Berani untuk melupakan kenangan silam
Dan mencari ketenangan
Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini
Selangkah demi selangkah
Bergelut dengan diri sendiri
Dan berhadapan dengan beban yang datang mencari
Kita hanya boleh bersedia
Dan menunggu peluang
Untuk merampas kembali
Apa yang telah...hilang...
Kekalahan, kemusnahan, kehilangan, kekecewaan
Penyebab air mata mengalir
Di satu pihak yang lain ia mungkin satu batu loncatan untuk ke arah yang lebih baik
Thursday, November 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment