Hakcipta 8tv untuk drama bersiri Kami...
Episod 1
Intro
Setiap orang perlukan kawan, teman, geng...orang2 yang boleh kita berhubung
Tapi apakah itu kawan...
Geng warung kopi
Member seperjuangan
Member lepak-lepak
Rakan-rakan sekolah
Atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil
Tak de prejudis
Tak de perbezaan
Tak de pertandingan
Tak de persaingan
Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata
Dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih
Tak de hal
Sekarang nak buat kawan memang cepat senang dan pantas
Tak payah keluar rumah
Tak payah bangun kerusi
Tenung skrin komputer keletak keletuk je keyboard
Boleh suka benda yang sama
Tak suka pun tak pe
Kenal tak kenal belakang cerita
Risiko kita tanggung sendiri
Kerana persahabatan
Adalah suatu pengambaraan yang tidak boleh diduga
End
Kita meneruskan perjalanan hidup
Mencari kawan teman dan rakan untuk mengisi kekosongan
Tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali
Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan
Pengalaman ku mencari seorang yang dinamakan teman, member, kawan...
Kita mulakan pencarian seawal kita kecil lagi
Bergaul bersama ibu bapa
Bersama adik dan abang
Dibebaskan ke dunia yang begitu asing pada mulanya
Mengenali orang dewasa yang perlu digelar mak cik, pak cik, cikgu...
Mengenali orang sebaya yang mempunyai panggilan yang berbeza beza setiapnya...
Ain, Diana, Lili, Ahmad, Ali dan Abu..
Bermula dengan semua nya aku yang punya
Kemudian kamu punya aku yang punya
Dan mari kita berkongsi.
Tuesday, October 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment