Thursday, August 18, 2011

43 - Buku 101

Demam anak muda sekarang kot. Belum lagi ombak besar atau tsunami. Belum lagi fenomena. Mungkin bakal fenomena.

Ok saya akan terus ke titik (tanya google translate)

Novel-novel dari keluaran FIXI.

Fixi ni ada juga yang membenci tiba-tiba ada Cause Page di FB Saya Benci Fixi. Saya hanya (rolling mata saya dan mengeluh tanya google translate)

Fixi milik Amir Muhammad. Kualiti buku bagus printing bagus ade spot UV lagi cover.
Novel terakhir saya baca lepas sekolah ialah Ombak Rindu tahun 2002.
Novel yang berkisar cinta lepas ade rogol.
Lepas tu ada orang kaya.
Lepas tu ada orang miskin.
Sepertinya novel ni adaptasi siri Samarinda TV3 dalam bentuk novel.
Hanya kritis terhadap lambakan novel begini.
Tapi saya pernah baca.

Selepas itu, 2008 tu pun novel ke? Buku Sufian Abas, Kasut Biru Rubina.

Kalau di toko buku besar berwarna merah yang ada 3 huruf bold and caps lock buku ni terletak di seksyen "M-Literature" bukan kat novel pun.

so kira boleh cancel la. (rolling mata saya dan mengeluh tanya google translate)
Selepas itu, tahun 2011 bermula lah hijrah ke alam lain atau kejutan dari tuhan atau sentakan ideologi baru atau suatu gertakan kuasa luar. Buku A. Ubaidillah Alias,  Cinta Kembali Bertasbih.

Buku menyentuh jiwa dengan tazkirah-tazkirah. Bagi saya ini adalah novel yang boleh kita jadikan rujukan. Seriyesli ini adalah novel. 'Kebenaran diberitahu' (tanya google translate), saya tak beli, saya pinjam JE.

Bukan kisah cinta islamik pelik dan seakan retorik dalam drama Tahajjud Cinta TV3(ya, saya suka tgk tv tapi selalunya akan berkerut).

Sejurus selepas itu, ingin mencuba kembali fiksyen-fiksyen yang ku jangka kurang terkenal. Sebenarnya jumpa dengan Amir Muhammad pastu beli la buku-buku Sang Freud Press yang tiba-tiba ada "cerpen" dari Mohd Jayzuan (rolling mata saya dan mengeluh tanya google translate) terus mati semangat.

Selepas itu sengaja menjumpakan diri dengan Amir Muhammad (saya ni "penggemar berat musik" (tanya google translate) Amir Muhammad ) dan terbeli Pecah.

Ku pikirkan ini adalah buku-buku seperti Sang Freud Press-yang-tiba-tiba-ada-"cerpen"-dari-Mohd Jayzuan (rolling mata saya dan mengeluh tanya google translate) tu. Tapi saya suka.

Pecah. Tak tau la ape yang pecah. Sinopsis cerita boleh ditanya pakcik google atau pun embak google. Anda boleh klik pada link di atas.

Cerita pada asasnya adalah rompakan terancang. Dan jangan tiru aksi di dalam buku ini. Perkisaran cerita yang menarik. Plot cerita juga menarik.
Malangnya typo boleh tahan. Tapi tidak mengapa kerana kita menaip bukan menulis.
Plot cerita disusun penuh debaran.
Tapi susunan begini akan menyebabkan pembaca yang kurang sabarnya akan skip. Dan anda akan merasakan cerita ni bosan. (FYI saya tak skip) Tapi kalau diulang baca kembali ia adalah plot yang kreatif. Sangat kreatif.

Kalau buat movie. Herman mesti mati atau masuk penjara dan Kahar cuma insaf atas perbuatan khianat dan sumbangnya.
August 2011, berborak bersama rakan di toko buku besar berwarna merah yang ada 3 huruf bold and caps lock rakan yang bekerja disitu menggalakkan saya menderma ke kempen kad derma berharga RM10 seperti web banner di bawah.

Saya survey tgk rumah-rumah anak yatim dan kebajikan yang menyertai kempen ni, terpandang pada Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim sekolah yang terletak dekat dengan kampungku. Lagi la tertarik. So alang-alang dah derma beli la buku.

Terpandang lagi pada timbunan buku-buku FIXI. Jadi saya terambil yang paling tinggal sedikit. So Dendam menjadi pilihan. Ya, 10% je.
Bagi manusia biasa selalunya akan cakap 10% je.
Bagi mereka sedikit sangat 10% tu. Dan dari segi itu jugalah saya dapat agak mereka ni anggota-anggota kerajaan ataupun setiausaha-setiausaha swasta atau operator pengeluaran kilang plastik. Hanya senyuman sahaja yang saya boleh berikan. Bukan mengeji atau memerli tapi berdoa agar mereka sentiasa diberi keredhaan dalam mencari rezeki dan bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan. Allah Ar-rahman dan Ar-Rahim.

Terpaksa letak balik gambar Dendam sebab tak habis cerita lagi. Sinopsis cerita ini boleh di google atau klik sahaja di atas.

Plot biasa. Pecah best.

Rewind ke masa lampau tak banyak. So pembaca takkan kot skip untuk tahu apa sebenarnya berlaku.

Jalan cerita ok. Cerita yang menarik. Kita boleh tahu penulis sepertinya pergi ke tempat itu dan dia membawa pembaca ke tempat beliau. Struktur cerita disusun teratur.
Typo biasa ar ada. Ni bukan cerita Sidney Sheldon.

Tiada jargon yang tidak difahami. Tiada penceritaan kompleks yang berlaku. Walaupun begitu penulis bercerita seakan terperinci tetapi bila di ulang baca ia adalah mudah.

Persoalan saya kepada penulis, mengapa emosi Khalil terhadap Syarifah Maznah dan Doris Hartono agak malap dan emosi Khalil terhadap Shireen dan Normah agak diperincikan.

Buku yang akan dibeli pada masa terdekat adalah Cekik disusuli oleh Jerat dan Ngeri.


Cekik kerana sinopsis menarik dan kerana Jerat dan Ngeri belum keluar lagi.
Jerat kerana ingin membaca tulisan wanita yang tidak menulis novel cinta.
Ngeri kerana ingin membaca tulisan bukan melayu menulis bahasa melayu. (Ya, saya tahu sasterawan di Malaysia ni ada je dikalangan bukan melayu tapi saya tak faham sebab saya bukan orang sastera dan saya tidak belajar sastera dan saya masih berpegang kepada kata-kata Arwah Loloq siapa yang BM pun tak dapat A1 tak kan dapat tulis lirik dengan baik. Ya memang tiada hubungan dengan kenyataan di atas tapi kau ada?)

No comments: